apa khabar kengkawang? syukur Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan peluang dan ruang untuk bernafas di bumi Allah ini. harap semuanya baik-baik sahaja. entri kali ni gua rasa ramai yang dah tunggu. kahkahkah. maaf la gua mengambil masa yang lama untuk menghapdate blog gua yang tak seberapa nih. mau bersarang labah-labah juga. al maklumla, menulis ni seperti yang gua pernah nyatakan memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi.
gua akan ceritakan kisah hari gua bergelar isteri kepada seseorang. perghh ayat. kalah novel ombak rindu. after few days of arrival di florida, puas sudah berjalan sekitar fort lauderdale maka hari yang kami tunggu setelah hampir dua tahun berkenalan tiba jua. malam sebelum nikah tu selalunya boleh dikatakan pengantin akan mengalami sindrom gelabah dan panik sehingga tidak cukup nafas. tapi gua boleh katakan gua rilek je. kahkah. gemuruh itu ada. tapi tidak seteruk mana
seperti yang telah dipersetujui, tarikh nikah kami ditetapkan pada 23 Mei 2015 bertempat di Islamic Center of South Florida di Pompano Beach pada pukul 3 petang. pagi tu gua masih lagi tenang. siap main pou lagi. nak masuk je tengah hari gua mula gelabah. kahkah. tukang mak andam ialah gua sendiri. tepek bedak takat perlu je. umi dengan tok sedara gua gigih tolong gua pinkan selendang bagai. haha
time ni rsnya lg sejam nk nikah. kahkah. tu la. ralit lagi main game kt phone. pastu kalut masa sendiri |
time ni entah ke berapa juta kali dok betulkan tudung. kesian umi gua melayan saja. haha. mekasih umi. muahciked |
so, selepas usai sahaja solat zohor bakal parents mentua gua dengan encik tunang sampai untuk pick up kami di hotel. perjalanan dari hotel kami ke Islamic Center of South Florida mengambil masa dalam 20 minit gitew. Alhamdulillah mujur jalan tak jem. selalunya hari sabtu time cenggini jalan tak payah cakapla. memang pack sebab weekend
sampai sahaja di masjid, kami disambut oleh pak imam masjid itu sendiri. siap bagi kalender islam sorang satu weh. kiranya macam hadiah untuk pengantin. haha. sebelum akad nikah bermula, pak imam bilang dia nak jumpa pengantin lelaki, bapa pengantin lelaki and bapa pengantin perempuan dahulu. untuk memberikan sepatah dua kata. jadi kami yang ladies ni menunggu la di luar
belek kalender dulu nak hilangkan darah gemuruh |
umi gua bersama dengan bakal mother mentua |
kepsyen: control cun, control cun. kahkah |
lepas sahaja pak imam meeting dengan guys, mereka panggil kami semua masuk ke dalam pejabat beliau
pak imam: "where's the bride? come and sit next to your groom"
gua: *senyum malu-malu unta
lepas bagi sepatah dua kata, pak imam pun teruskan akad nikah. akad nikah depa memang sangat berbeza dengan akad nikah di malaysia. selalunya pak imam atau tok kadi akan berhadapan dengan pengantin lelaki, tenung sama sendiri, lempar dulu soalan sebijik dua then barula akad nikah. iye dok. nope. kat sini akad dimulakan dengan pak imam terangkan tanggungjawab suami dan isteri. sedikit pasal konsep kekeluargaan dalam islam dan yang sewaktu dengannya. pak imam then pesan pada encik tunang that is his job to take care of his wife no matter what happen and beliau berpesan pada gua agar sentiasa menyokong suami tidak kira waktu dan keadaan
then pak imam pun tanya sorang-sorang
pak imam: "alya. so are u willingly to be this man's wife?"
gua:"yes" *yes saje. tak sabor nak kawen. kahkah
pak imam: "good. and u Tariq, are u willingly to take Alya as your wife?"
encik tunang: "yes"
pak imam: Alhamdulillah. now let's recite some du'a
kemudian pak imam pun bacakan teks akad nikah tuh. in arabic. but then dia translate kan ke english. gua time ni ingatkan beliau masih lagi tengah baca doa. tau-tau je pak imam announce
pak imam: Alhamdulillah. you both are now husband and wife. barakallah!!
gua terpinga-pinga time nih. siap toleh kat umi gua lagi tanya dah selesai ke belum. kahkah
tengah sign sijil nikah |
giliran encik tunang. eh. eh. silap encik husbeng. haha |
father mentua |
papa gua. siap berbatik uollz. batik malaysia tuh |
pak imam yang mewalikan kami. sangat peramah. rupanya beliau ni imam besor kt sini. umur dalam lebih kurang 80 tahun gitew. masih lagi kuat. stay ohsem pak imam |
Alhamdulillah. selesai sudah akad nikah kami. gua da jadi bini orang woi!! gua masih lagi rasa macam di alam mimpi je. rasa macam tak percaya dah jadi bini orang. sebak pun ade juga. lagi-lagi bila gua tatap muka umi bila selesai majlis. umi gua bagi senyuman yang paling manis sekali. dalam senyuman tu gua dapat lihat dengan jelas sebak di mata beliau. :')
officially mother mentua |
yang tu adik ipaq gua dengan anak sulung beliau |
pegang lengan encik husbeng da macam tak nak lepas dah. haha |
selesai sahaja akad nikah, kami bertolak ke restoran middle eastern untuk raikan pengantin baru. makan nasi arab oit. haha. perghh. time ni gua perasan encik husbeng punya sengih sampai ke telinga. tak sudah-sudah senyum. lega sume selesai dengan jayanya
nebes ilang sudah. kebuluq woi tunggu makanan. |
selepas mengenyangkan diri, kami semua beransur pulang ke rumah encik husbeng. kami sempat jugala singgah di kedai supermarket beli kek kahwin. haha. takdenya tempah bagai. beli kek ceklat harga $15 dengan setumblr aiskrim pecan with caramel as a side. sempoi habis. oh yea. lepas akad nikah tu kami tak sempat bertukar cincin kt mesjid. buat kat rumah pun jadi. hihi
nak selitkan juga cerita pasal pencarian cincin kahwin kami nih. petang before nikah tu, kami keluar sekejap untuk hunting cincin kahwin. ekceli dah mencari since hari pertama lagi gua sampai. tapi masih lagi tidak ketemu dengan yang sesuai. last-last kami decided untuk je jewelry depot. tempat jual barang kemas dan perhiasan yang harganya agak berpatutan
rambang mata juga kami. last-last kami pilih design yang tersangatlah simple. cincin silver belah rotan. harga pun murah. kihkih. bukan kedekut. cumanya gua rasa cincin tu hanyalah tanda kahwin. biarla simple pun, janji ade sentimental value di sebaliknya. eceh. part paling best ialah time ukur jari. semput jugala ahkak kat kaunter tu dok cari saiz yang sesuai untuk gua. dia cakap jari gua ni kecik sangat. size kanak-kanak. kahkah. jari je kecik ahkak eh. badan bolat. haha
tukaq cincin.. *malu-malu racoon gitew |
gua smpai skang masih lagi teringat rasa kek ceklat nih. manis yang amat. fuh. sedap lagi rasanya kek ceklat umi gua. hehe |
begitulah al kisahnya hari pernikahan gua yang tersangatlah simple. pas nikah, gi makan kat restoran, beli kek kahwin kat supermarket. sampai skang bila kami berborak pasal hari kahwin kami, cik abe mesti tanya gua happy ke majlis kahwin simple sangat? selalunya perempuan ni nakkan hari bahagia dia agak grand. dengan family, kawan-kawan. buat dalam dewan philharmonik london. tangkap gambo wedding kat venice. gitew. gua bilang gua dah bersyukur sangat kita berdua sampai ke tahap ni. despite of all the obstacles especially the long distance, but still we make it through. bukan semua orang get the chances like we do. dan cik abe hanya tersenyum dengar jawapan gua
walaupun adik-beradik gua, maktok, makngah, pakcik, maksu dan seangkatan dengannya tak dapat hadir sekali tetapi gua pasti doa mereka sentiasa mengiringi kami. Alhamdulillah perjalanan kami dari Malaysia, sehinggalah ke hari pernikahan semuanya berjalan lancar. biarlah tidak semegah mana, asalkan perkahwinan kami direstui. :-)
so, siapa-siapa yang bakal melangsungkan perkahwinan tu gua doakan moga Allah permudahkan urusan. jangan panik. banyakkan berdoa dan sentiasa kewl. gitew
di sini gua ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada rakan baik gua bernama nur dinie binti kamarul bahrain dan keluarga di atas kesudian menaja baju nikah gua. mekasih cik dinie oit. gigih tu bawak baju nikah all the way from malaysia. hahaha.
sekian catatan gua tentang hari bahagia gua. in sha Allah kenduri kahwin gua akan dibuat ujung tahun 2016. kenduri kahwin campur kenduri akikah. hahaha. yeeee. ade orang ketiga bakal menyusul woi. doakan yer
chow. adios nachos bersama dip guacamole