Monday, November 23, 2015

Welcome to Florida


Alhamdulillah. selepas seharian terperap dalam flight, berjalan beribu batu jauhnya akhirnya dalam pukul 4 petang Selasa bertarikh 19 Mei 2015 kami tiba di fort lauderdale international airport. gua kecut perut la time nih. nebes woi nak jumpa incik tunang. setelah hampir setahun tidak bertemu muka. eceh. entah berapa juta kali gua check muka kat cermin. buang mane tahi mata yang tersangkut sebab membuta banyak sangat dalam flight. check gigi kot-kot ade terlepas biji cili, sayur bayam ke. manela tahu kan. benda ni selalunya akan terjadi bila kita gelabah sangat

lepas claim luggage, gua terus message incik tunang bilang yang kami sudah sampai dan menunggu di waiting area. gua pusing kiri kanan. then gua nampak kelibat incik tunang turun tangga bergerak. escalator la kecek orang putih. haha. perghh. senyum time ni mahu sampai ke telinga la. mom incik tunang pun datang sekali. dia peluk gua sikit punya kuat. gua terasa welcoming di situ. hehe

yang sebelah gua tu bakal mak mentua. hihi. tok sedara gua, puan umi. incik tunang buat-buat busy tengok fon. padahal nebes. :-P
dad incik tunang bersedia tunggu di luar untuk pickup luggage kami. maklumla. luggage banyak. kena guna pickup truck nak angkut sume sekali. kemudian kami terus ke hotel. kami stay di springhill suites fort lauderdale. dalam 10 minit dari airport. memang cantik tempatnya. bilik memang selepas. sorry la yer. gambo bilik tak dan nak ambil. sampai ke sudah. penat sangat. for dinner mom incik tunang dah sediakan spaghetti meatballs untuk kami and order extra large pizza with anchovies. nak habaq mai nih. pizza extra large depa gua rasa berextra extra large kat malaysia. satu slice tu boleh kongsi 2 orang. tu pun rasa berlebih lagi

inilah pemandangan dari tingkap hotel kami. gua renung ke luar jendela. macam tak percaya je dah sampai florida

malam tu kami semua tido awal. ada yang bilang payah nak adjust time bila pergi negara orang yang berbeza waktu. tapi family gua takdenya. pas gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati ape lagi tarik selimut pakat dok berdengkur belaka. kahkah. letih woi. gua rasa part paling seronok bila dapat mandi ayaq panas. bayangkanla last gua mandi hari isnin pagi waktu malaysia. sampai florida selasa petang. tak ke haru tuh

incik tunang bilang gua harus berehat sebanyak yang mungkin sebabnya esok hari pagi-pagi kami kena ke Broward County Clerk of Court untuk daftar civil marriage. pas daftar civil marriage barulah dapat kelulusan untuk berkahwin secara Islam di masjid. sikit je lagi woi. pastu gua kahwin. weee. kahwin! haha. tunggu next entri yer

adios nachos bersama dip guacamole


Wednesday, November 18, 2015

Road to USA: bye bye Malaysia (Narita to Dallas)


fuyoooh. flight dari jepung ke amerika memang mengambil masa yang tersangat la lama. mau kebas satu badan. but Alhamdulillah no problem sepanjang perjalanan. gua kejap-kejap dok terbangun. kept wondering da sampai ke belum. da sampai ke belum. tak sabor nak menggeliat, buat senaman regangan suma. gua tak sabar nak sampai florida sebab tak sabar nak mandi uitt. sehari dok dalam flight. mau macam apam durian da bau badan. eh. ade ke apam durian?

sampai je di dallas, kami kena melepasi custom and immigration. giler banyak booth kat situ. ade dua section. satu untuk immigrant that is khas untuk american citizen dan non-immigrant for visitor dan yang sewaktu dengannya. gua da cuak time nih. sebabnya kat sini la yang kena serahkan dokumen tuh. tapi luggage kami hanya boleh diclaimkan after lepas kastam. ah sudah. 

cenggini la rupanya booth tu. kat sini depa akan copkan approval of entrance sekiranya no problem
tunggu punya tunggu then sampaila giliran kami. depa siap amik gambar lagi untuk comparison dengan gambor dalam passport. mane tau kot-kot menipu ke kan. parents and tok sedara gua da lepas da. sampai turn gua sangkut sebabnya gua kena serahkan dokumen tu kat situ juga. gua and ayah gua try to explain what exactly had happened time kat narita. mujur officer tu paham and escort kami untuk claim luggage supaya gua dapat serahkan dokumen tu.

lepas penyerahan luggage gua kena diinterview oleh custom and immigration officer. dia tanya soklan exactly macam yang gua kena time dekat u.s embassy di malaysia. pas interview trus dapat cop untuk admittance. Alhamdulillah no problem. so kami boleh teruskan journey untuk next connecting flight ke fort lauderdale, florida. pucat lesi juga time ni. mane taknya. gua dok baca and orang dok bilang payah nak lepas kastam u.s. lagi la if muslim. but Allah permudahkan.

ginila rupanya cop tuh. dulu depa pakai kertas. then kepilkan dalam passport. skang melalui cop ni, sume info kita ada dalam online untuk kegunaan isi borang ke hape ke. gitew la
masa claim luggage yang lain pun Alhamdulillah dipermudahkan. depa tak bukak langsung luggage kami. just tanya if kami ade bawak benda-benda yang dilarang and if theres any food in the luggage. kami bilang just ade maggi, and other instant food yang lain. depa angguk and lepas. fuhh. mase nak lepas ni memang tak putus-putus berdoa moga Allah permudahkan. muka kasi innocent and senyum kasi ikhlas. bila officer tanya baru jawab.  try cover kegelabahan semampu yang boleh. itu antara tips-tips la nak lepas kastam and imigresen.

next connecting flight kami pada pukul 2 petang cenggitu. so kami ambil masa yang ada untuk bersihkan diri, gosok gigi, betulkan ape yang patut macam tudung senget, urat terbelit. dok dalam plane lame sangat penampilan hancus. haha. gua haruslah touch up mane yang perlu. on the way nak jumpa bakal hasbeng kot. kahkah

next entry gua akan ceritakan pasal ketibaan gua di fort lauderdale, florida. tempat yang akan bakal menjadi tempat tinggal gua for only Allah knows how many years

adios nachos bersama dip guacamole