Wednesday, November 25, 2015

Civil Marriage, Mall and Seafood


hai engkorang. apa khabar? semoga sentiasa di bawah rahmat Allah. entri kali ni gua akan ceritakan pasal civil marriage ataupun perkahwinan sivil. sebelum gua dan incik tunang bernikah, kami kena 'berkahwin' di bawah undang-undang Florida. so, sekiranya telah diluluskan oleh laws kami akan dapat lesen yang sah untuk melangsungkan pernikahan secara sah dalam islam or what they called religion marriage ceremony.

kat amerika requirements untuk mendapatkan lesen perkahwinan ini depends on the state which you are in. antara syarat yang harus ditepati bagi florida are kedua-dua bakal pengantin mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, membawa dokumen yang sah semasa perkahwinan seperti driver's license or any pengenalan diri bergambar yang disahkan oleh kerajaan. bayaran untuk mendapatkan lesen ni dalam $93.50 ataupun sebanyak RM 400.74

since incik tunang reside in broward area, kami kena pergi ke Bahagian Perkahwinan Broward County Courthouse. kami pergi awal pagi, weekdays pula. so tidaklah bersesak dengan orang ramai. prosedur dia mula-mula kami kena serahkan pengenalan kami. incik tunang handed in lesen memandu beliau. since gua takde pengenalan yang valid lagi, so gua serahkan passport. rupanya nama gua dah ade dalam registration da. fuyoo. cuma tinggal approval sahaja. macam ni, sekiranya gua da sampai amerika dan tinggal di sini lebih 90 hari tanpa berkahwin gua akan dihantar semula balik malaysia. itu adalah syarat dalam fiance visa

wefie di hadapan Broward County Courthouse. tak yah dah beli selfie stick bagai. tuan papa sedia membantu XD
selepas confirm pengenalan masing-masing, kami kena isi borang iaitu borang lesen perkahwinan. pas isi borang and confirm semua isi betul kami kena angkat sumpah. ye angkat sumpah. sekadar untuk mengakui bahawa segala dokumen dan details yang kami beri adalah benar dan sebenar-benarnya

proses angkat sumpah. tuan papa sempat lagi suruh pause semata nak ambil gambar. haha. * sila abaikan tudung iolzz yang agak selekeh tuh yer. masih lagi dalam mood jet lag. haha

puan umi, toksue and mom incik tunang dok menunggu
Alhamdulillah after half an hour cenggitu, selesaila 'majlis' kami. haha. oh by the way, time kami tengah settlekan lesen nih there was another couple kat booth bersebelahan kami. and um, they were u know same gender. both are muscular guys. gua terkedu juga. al maklumla tidak biasa lagi dengan situasi nih. anyway, part yang paling best ialah was when officer kat situ bertanya "so, who will be the bride and who will be the groom?". gua ngan incik tunang dok pandang sama sendiri cuba act normal. haha. kat florida nih dibolehkan untuk berkahwin sama gender. itu bagi mereka. huhu

lepas dapat cop, kami dibolehkan untuk berkahwin secara islamnya selepas 3 hari dari tarikh permohonan lesen perkahwinan. weee. borang yang telah kami isi tadi kami akan berikan kepada imam yang akan mewalikan nikah kami nanti. after part beliau dah isi, kami kena serahkan balik borang tu ke court and mereka akan cop approve, poskan balik kepada kami in few weeks.

so, selepas selesai pasal lesen perkahwinan ni kami berjalan-jalan di sekitar broward area. kami singgah sebentar di Broward Mall. perghh. luas weh. mall depa jenis setingkat jer. tapi luasnya Ya Allah mau tercabut kaki iollzz ni berjalan. barang-barang pun boleh tahan juga harganya. ala-ala macam mid valley la

 malam tu kami dinner di Outdoor World. tempat yang agak terkenal di area broward untuk makanan bertemakan seafood. tempat dia sangat cantik. and besides restaurant, depa juga ada sediakan kedai khas untuk kaki pancing. orang florida ni kuat mancing juga. sebab banyak lakes, tasik untuk pancing


menu yang depa offer pun bole tahan juga. harga so-so la. hihi. gua order salmon and sotong celup tepung. roti depa memang terbaik. roti with butter glaze. perghhh. mau sampai 4,5 roll juga gua bantai. kahkah

since makanan banyak, terpaksa la tapau bawak balik hotel. untuk breakfast tuh.
 Alhamdulillah. selesai sudah day 2 di fort lauderdale. next entri gua akan ceritakan pengalaman kami ke morikami garden the next day. datang florida ni bukan takat matlamat kahwin sahaja. haha. jalan-jalan itu harus. jauh perjalanan luas pemandangan katakan. stay tuned

adios nachos bersama dip guacamole

Monday, November 23, 2015

Welcome to Florida


Alhamdulillah. selepas seharian terperap dalam flight, berjalan beribu batu jauhnya akhirnya dalam pukul 4 petang Selasa bertarikh 19 Mei 2015 kami tiba di fort lauderdale international airport. gua kecut perut la time nih. nebes woi nak jumpa incik tunang. setelah hampir setahun tidak bertemu muka. eceh. entah berapa juta kali gua check muka kat cermin. buang mane tahi mata yang tersangkut sebab membuta banyak sangat dalam flight. check gigi kot-kot ade terlepas biji cili, sayur bayam ke. manela tahu kan. benda ni selalunya akan terjadi bila kita gelabah sangat

lepas claim luggage, gua terus message incik tunang bilang yang kami sudah sampai dan menunggu di waiting area. gua pusing kiri kanan. then gua nampak kelibat incik tunang turun tangga bergerak. escalator la kecek orang putih. haha. perghh. senyum time ni mahu sampai ke telinga la. mom incik tunang pun datang sekali. dia peluk gua sikit punya kuat. gua terasa welcoming di situ. hehe

yang sebelah gua tu bakal mak mentua. hihi. tok sedara gua, puan umi. incik tunang buat-buat busy tengok fon. padahal nebes. :-P
dad incik tunang bersedia tunggu di luar untuk pickup luggage kami. maklumla. luggage banyak. kena guna pickup truck nak angkut sume sekali. kemudian kami terus ke hotel. kami stay di springhill suites fort lauderdale. dalam 10 minit dari airport. memang cantik tempatnya. bilik memang selepas. sorry la yer. gambo bilik tak dan nak ambil. sampai ke sudah. penat sangat. for dinner mom incik tunang dah sediakan spaghetti meatballs untuk kami and order extra large pizza with anchovies. nak habaq mai nih. pizza extra large depa gua rasa berextra extra large kat malaysia. satu slice tu boleh kongsi 2 orang. tu pun rasa berlebih lagi

inilah pemandangan dari tingkap hotel kami. gua renung ke luar jendela. macam tak percaya je dah sampai florida

malam tu kami semua tido awal. ada yang bilang payah nak adjust time bila pergi negara orang yang berbeza waktu. tapi family gua takdenya. pas gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati ape lagi tarik selimut pakat dok berdengkur belaka. kahkah. letih woi. gua rasa part paling seronok bila dapat mandi ayaq panas. bayangkanla last gua mandi hari isnin pagi waktu malaysia. sampai florida selasa petang. tak ke haru tuh

incik tunang bilang gua harus berehat sebanyak yang mungkin sebabnya esok hari pagi-pagi kami kena ke Broward County Clerk of Court untuk daftar civil marriage. pas daftar civil marriage barulah dapat kelulusan untuk berkahwin secara Islam di masjid. sikit je lagi woi. pastu gua kahwin. weee. kahwin! haha. tunggu next entri yer

adios nachos bersama dip guacamole