Tuesday, September 22, 2015

Love Story Part 8: Gua bertunang woi

wow. apa khabar engkorang?? harap maaf sekiranya lama menunggu update dari gua. almaklumla bukan senang hendak menulis ni. kena cari moodla, pergi buat air teh tarik la, bancuh tepung buat cekodok ikan bilis la. dan dan pula ikan bilis  habis. mujur ada pisang, kena lenyek pisang dulu untuk dibuat cekodok pisang. fuh. mau berpeluh juga. harus diisi perut dulu, barulah minda berfungsi dengan efisien. :-P

entri kali ini adalah merujuk seperti tajuk di atas. hehe. engkorang sure tak sabar nak tunggu part ni bukan. setelah seminggu incik mat saleh dan ayahandanya cuti-cuti di malaysia, maka on saturday may 31 2014 adalah next big marking untuk journey yang seterusnya. setelah mendapat kata putus dari kedua-dua pihak, kami tersukan. eh teruskan dengan engagament. sekadar tanda. tanda yang kami ni serius untuk berkahwin. no more messing around with other people. hehe.

baiklah. majlis tunang gua tersangatlah simple. takde masuk majalah mangga, minggu wanita or pesona pengantin. jemputan sekadar keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat. makanan suma DIY. gua masak asam pedas ikan merah, maktok gua sponsor nasi lemak sambal tara pedas khas untuk incik mat saleh, tok sedara gua bikin ayam percik bombastik dan papa gua sponsor air sunquick campuq hirisan buah oren. sedap wo

majlis dimulakan dengan ummul kitab al fatihah. papa gua memulakan upacara. sikit jer muqaddimah. pembuka majlis gitewww. hehe. and then turn ayahanda incik mat saleh pula memberi kata dua. beliau menyatakan betapa terharu dan gembira dengan layanan kami sekeluarga. rasa macam family sendiri. beliau tidak menyangka akan menerima layanan seperti ini. thats one good thing about us malaysians. dalam islam kita dididik bahawa amat penting untuk meraikan tetamu. you treat others good. you will get the same thing in return.

kemudian turn incik mat saleh pula untuk berucap. gua pulak yang gelabah lebih. malu la katakan. duduk sopan kaki tara silang, tangan digenggam kemas. muka tunduk sepanjang masa tanda malu. eceh. incik mat saleh menyatakan hasrat beliau datang ke malaysia, berapa lama kami kenal dan kenapa beliau memilih gua dan meminta izin untu tak ke rasa macam sudah terbang hingga ke awanan biru bertemankan pelangi nan indah? hahaha. gua nampak incik mat saleh nebes giler time ni. mane taknya, semua mata tertumpu dekat dia. mujur beliau keep it cool




after ucapan bagai, incik mat saleh pun serahkan cincin sebagai tanda tunang. since ibunda beliau tak dapat hadir, maktok gua jadi representative. wakil la kiranya. hehe. 

gua macam biasa control cun. ketap gigi dan senyum. first time tu pakai shawl bunga-bunga

sebagai tanda terima kasih, gua balas dengan sepasang baju melayu untuk incik mat saleh
lepas siap majlis, ape lagi. melantak ler. lepas makan-makan, kami semua solat zohor berjemaah kemudian di iringi dengan doa selamat. pastu snap-snap picture. 


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. simple but yet tercapai misi. semua nampaknya satisfied. gua dan incik mat saleh boleh menarik nafas lega sebentar sebab dah dapat thumbs up and green light untuk the next big step. oh yeah, lepas habis majlis kami terus singgah ke one of papa friend's wedding reception untuk anak beliau. kiranya macam nak bagi briefing kat incik mat saleh how is malay wedding look like. tapi lupa plak nak snap picture time nih. almaklumla perut kenyang sangat. pas melantak kat majlis sendiri, gi melantak kat majlis orang plak. kahkah

baiklah, begitulah sedikit sebanyak tentang one portion of our long and big journey untuk gua dan incik mat saleh. next day, incik mat saleh dan ayahandanya pulang kembali ke tanah air. aduhla. gua rasa sebak and mahu menangis juga. mata ayaq terbang jauh woi. gua tabahkan hati. takpe. elok sebenarnya berjauhan. terjaga silaturrahim. iye dok. sebelum berlepas sempat juga incik mat saleh patah balik dan berkata kepada gua..

"in sha Allah in few months alya. we will meet again.. Assalamualaikum.." 

gua rasa macam dalam scene drama je. tak pun dalam novel karya seni atau alaf 21 tuh. alorh. scene selalu dekat airport tuh. dan kemudian si dia berlalu pergi, tidak pasti bila akan berjumpa lagi. eceh

next entri engkorang nak gua cerita pasal ape plak? iyelah gua cerita pasal step-step kami apply petition untuk berkahwin. gua berharap engkorang enjoy entri nih. hehe. alright. take care. adios nachos bersama dip guacamole

Wednesday, September 16, 2015

Love Story Part 7: Jalan-jalan Incik Mat Saleh

hai engkorang. harap maaf kerana lama menunggu the next update. almaklumla. semangat kerajinan untuk menulis lari sebentar. fuh. mencari-cari juga di luar rumah. rupanya tengah menyorok dekat tepi pasu pokok serai. haha. hendak menulis ni kena istikomah. lagi-lagi bila sudah ramai peminat. eceh. bajet superstar giteww.eh lupa nak bertanya. engkorang apa khabar? sudah plan ke mahu masak ape untuk hari ini? harapnya jangan lauk yang sama seperti kelmarin. haha

entri kali ini gua akan bercerita mengenai incik mat saleh dan journeynya selama berada di malaysia. pada hari pertama, kami just let incik mat saleh dan ayahandanya untuk berehat. jet lag kot. perubahan masa lagi. tapi pada malam itu, gua, papa gua dan adik sado no 4, apek menjemput mereka makan malam bersama di restoran hadaramawt di jalan ampang. gua boleh tahan juga nevesnya. makan sudah macam duduk makan beradab. kahkah. then, papa gua drove around k.l. berhenti sebentar di klcc. mereka agak kagum melihat klcc sepertimana tourist yang lain. ni kalau gua bawak adik gua jalan-jalan di sini, mereka mungkin hanya mengeluh dan berkata 'lahh. takde tempat lain?'..
*budak-budak zaman sekarang

adik sado bersama ayahanda dan incik mat saleh
after dinner, kami bawa mereka ke kedai buah. ala. yang jual kt lori tuh. bagi la mereka try buah rambutan, manggis dan langsat. buah durian lain hari sebab takde stok. haha.

hari kedua

kami berjalan ke negeri sembilan. nak pegi kelantan merasa nasi kerabu tak cukup masa pula. so, kami ke n.9 sahaja. sudah memadai bukan. and incik mat saleh bilang dia teringin nak tengok paddy field. haa. dokek kuala pilah kan ade sawah padi. thats why kami bercadang untuk ke situ. best thing was padi hampir menguning so it was an awesome view. seronok tengok reaksi incik mat saleh and ayahanda beliau bila melihat sawah. engkorang musti tanya x balun ikan keli salai masak lomak ke? yang tukang balunnya gua ngan ayah gua. sebabnya incik mat saleh tak tahan pedas. haha.

papa gua dan ayahanda incik mat saleh bergambor di sawah padi
hari ketiga

kami round sekitar putrajaya. bagi gua putrajaya tu macam agak meh. haha. bukannya apa, dolu zaman belajo, takde keja gua sama rakan-rakan mengeround sekitar putrajaya sampai sesat. haha. good old times. kami pergi melawat ke masjid putrajaya, masjid besi dan other places. ayahanda incik mat saleh sungguh seronok bila kami singgah di masjid. memuji betapa cantiknya hiasan masjid dan terasa tenang mendengar azan berkumandang. gua rasa bersyukur sebab di malaysia kita boleh mendengar azan 5 waktu sehari di mana-mana. bagi muslim di perantauan mungkin agak susah.


hari keempat

kami bersarapan pagi bersama umi gua dan si kecik aisy adik bongsu gua. gua rasa reaksi adik gua time ni memang win. first time bertemu mata dengan incik mat saleh. sebab apa, dia tak pernah lagi jumpa foreigner. except uncle mat potong rumput rumah kami yang berasal dari rohingya. gua salute keyakinan adik gua untuk berborak dengan incik mat saleh tanpa rasa malu. lantok ler grammar langgar lampu merah. oh sarapan kali ini, kami perkenalkan nasi berlauk dan nasi lemak pada incik mat saleh. time ni, gua beri space untuk umi gua dan incik mat saleh berkenalan. umi gua suggest mencuba nasi lemak

umi gua: ummm.. why don't u try this nasi lemak first? thats the sambal with coconut rice, fried anchovies...

incik mat saleh: oh, so u take this? *sambil menyuap spoonful of sambal ke dalam mulut..

umi gua: wait. wait.. u have to eat that.. with the.. rice.... oh.. never mind

incik mat saleh: ohhh.. really...? *muka menahan pedas

gua hampir tergolek dari kerusi melihat reaksi incik mat saleh ketika ini. bermula dari telinga merah, kemudian titisan air mata hampir keluar. adoila. incik mat saleh hanya mampu makan nasi lemak tanpa sambal bersama ayam goreng. tidak mengapa. janji cuba. ye dok? hehe. hai. gua lupa nak snap gambo. boleh buat kenang-kenangan

selepas sarapan kami singgah sebentar ke rumah maktok gua. haaa. ini sangat mendeborkan. rasa macam nak jumpa Queen of England gitewww. maktok gua tenang menyambut kehadiran kami. gua hanya tersengih macam kerang busuk. haha. kami berbual seketika. maktok gua keluarkan album gambar sambil bercerita secara ringkas pasal keluarga kami. gua was like..

gua: wow maktok. u speak english??

maktok gua: hello. i can understand english u know..

oh yea. soklan pertama maktok gua ajukan kepada incik mat saleh ialah..

maktok gua: so, do u really like alya?

incik mat saleh: yes.. *sambil angguk kepala tanpa henti

gua ketika itu yang sedang asyik menelan maruku hampir tercekik mendengar soalan cepucemas itu. gua lihat incik mat saleh juga berpeluh-peluh. adoila maktok gua. anyway the visit went well. kami bergambar sebelum beransur pulang.


kemudian kami ke kompleks budaya kraf di jalan conlay, k.l. kot-kot incik mat saleh ingin membeli sedikit souvenir untuk dibawa pulang. yang bestnya tempat ni ade hands on mewarna batik. so, tidak perlu ke terengganu untuk mencuba.

incik mat saleh mencuba batik painting
hasilnya. well good job.. ^_^

baiklah. untuk entri next gua akan ceritakan psl big day gua dan incik mat saleh. OUR ENGAGEMENT. yippeee. tunggu yer. jengjengjeng

adios nachos bersama dip guacamole