Tuesday, September 22, 2015

Love Story Part 8: Gua bertunang woi

wow. apa khabar engkorang?? harap maaf sekiranya lama menunggu update dari gua. almaklumla bukan senang hendak menulis ni. kena cari moodla, pergi buat air teh tarik la, bancuh tepung buat cekodok ikan bilis la. dan dan pula ikan bilis  habis. mujur ada pisang, kena lenyek pisang dulu untuk dibuat cekodok pisang. fuh. mau berpeluh juga. harus diisi perut dulu, barulah minda berfungsi dengan efisien. :-P

entri kali ini adalah merujuk seperti tajuk di atas. hehe. engkorang sure tak sabar nak tunggu part ni bukan. setelah seminggu incik mat saleh dan ayahandanya cuti-cuti di malaysia, maka on saturday may 31 2014 adalah next big marking untuk journey yang seterusnya. setelah mendapat kata putus dari kedua-dua pihak, kami tersukan. eh teruskan dengan engagament. sekadar tanda. tanda yang kami ni serius untuk berkahwin. no more messing around with other people. hehe.

baiklah. majlis tunang gua tersangatlah simple. takde masuk majalah mangga, minggu wanita or pesona pengantin. jemputan sekadar keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat. makanan suma DIY. gua masak asam pedas ikan merah, maktok gua sponsor nasi lemak sambal tara pedas khas untuk incik mat saleh, tok sedara gua bikin ayam percik bombastik dan papa gua sponsor air sunquick campuq hirisan buah oren. sedap wo

majlis dimulakan dengan ummul kitab al fatihah. papa gua memulakan upacara. sikit jer muqaddimah. pembuka majlis gitewww. hehe. and then turn ayahanda incik mat saleh pula memberi kata dua. beliau menyatakan betapa terharu dan gembira dengan layanan kami sekeluarga. rasa macam family sendiri. beliau tidak menyangka akan menerima layanan seperti ini. thats one good thing about us malaysians. dalam islam kita dididik bahawa amat penting untuk meraikan tetamu. you treat others good. you will get the same thing in return.

kemudian turn incik mat saleh pula untuk berucap. gua pulak yang gelabah lebih. malu la katakan. duduk sopan kaki tara silang, tangan digenggam kemas. muka tunduk sepanjang masa tanda malu. eceh. incik mat saleh menyatakan hasrat beliau datang ke malaysia, berapa lama kami kenal dan kenapa beliau memilih gua dan meminta izin untu tak ke rasa macam sudah terbang hingga ke awanan biru bertemankan pelangi nan indah? hahaha. gua nampak incik mat saleh nebes giler time ni. mane taknya, semua mata tertumpu dekat dia. mujur beliau keep it cool




after ucapan bagai, incik mat saleh pun serahkan cincin sebagai tanda tunang. since ibunda beliau tak dapat hadir, maktok gua jadi representative. wakil la kiranya. hehe. 

gua macam biasa control cun. ketap gigi dan senyum. first time tu pakai shawl bunga-bunga

sebagai tanda terima kasih, gua balas dengan sepasang baju melayu untuk incik mat saleh
lepas siap majlis, ape lagi. melantak ler. lepas makan-makan, kami semua solat zohor berjemaah kemudian di iringi dengan doa selamat. pastu snap-snap picture. 


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. simple but yet tercapai misi. semua nampaknya satisfied. gua dan incik mat saleh boleh menarik nafas lega sebentar sebab dah dapat thumbs up and green light untuk the next big step. oh yeah, lepas habis majlis kami terus singgah ke one of papa friend's wedding reception untuk anak beliau. kiranya macam nak bagi briefing kat incik mat saleh how is malay wedding look like. tapi lupa plak nak snap picture time nih. almaklumla perut kenyang sangat. pas melantak kat majlis sendiri, gi melantak kat majlis orang plak. kahkah

baiklah, begitulah sedikit sebanyak tentang one portion of our long and big journey untuk gua dan incik mat saleh. next day, incik mat saleh dan ayahandanya pulang kembali ke tanah air. aduhla. gua rasa sebak and mahu menangis juga. mata ayaq terbang jauh woi. gua tabahkan hati. takpe. elok sebenarnya berjauhan. terjaga silaturrahim. iye dok. sebelum berlepas sempat juga incik mat saleh patah balik dan berkata kepada gua..

"in sha Allah in few months alya. we will meet again.. Assalamualaikum.." 

gua rasa macam dalam scene drama je. tak pun dalam novel karya seni atau alaf 21 tuh. alorh. scene selalu dekat airport tuh. dan kemudian si dia berlalu pergi, tidak pasti bila akan berjumpa lagi. eceh

next entri engkorang nak gua cerita pasal ape plak? iyelah gua cerita pasal step-step kami apply petition untuk berkahwin. gua berharap engkorang enjoy entri nih. hehe. alright. take care. adios nachos bersama dip guacamole

1 comment: