Saturday, June 27, 2015

Love Story part 3


baiklah. apa khabar anda semua?? kita kembali kepada sambungan cerita yang lepas. harap pembaca masih lagi tidak menguap ataupun mula menggapai beg plastik kerana membaca ayat-ayat gua yang agak puitis. hahaha. baiklah back to my story. agak panjang weh so minta bersabar. sape suruh start baca. kahkahkah. x best la citer bg kesimpulan trus. dah alang-alang cerita. cerita semua sekali. mane tau engkorang boleh ambil iktibar dan pengajaran atas cerita gua. ye idok.

lupa dah sambungannya tang mane. oh ya. before i went on to the langkawi trip gua ade sign up kt satu international matrimonial site. dengan harapan adela mat saleh mata biru laut rambut lebat ala-ala tom hiddleston yang teringin mahu berkenalan dengan gadis petite dari malaysia macam gua. lol. tapi gua takdela berharap sangat. saje-saje. test water

balik je dari langkawi. setelah puas memborong ceklat daim dan jelly beans gua kembali kepada rutin harian. waktu tu dah hujung tahun. gua kembali bersemangat untuk kembali bangkit dari segala kegagalan dan ingin menggapai impian gua. saat itu, gua mula buat resolutions. tidak mahu toleh ke belakang, go head go stan or uturn. dan salah satunya ialah tawakal pada Allah berkenaan dengan jodoh. gua usaha dah. mintak tuan papa, puan umi carikan,diorang kata cari sendiri janji gua usaha dah. so, gua decide untuk delete account.

tapi entah kenapa gua delay decision gua untuk delete account tu. bukannya ade dapat message whatsoever. jadi pada jumaat 27 disember 2014, time tu tengah hari gua on account. gua dapat satu message dari seseorang. hati gua mula berdebar. gua hampir-hampir ingatkan spam. sebabnya isi kandungan mesej tu panjang amat. selalunya engkorang kalau nak berkenalan 1st time paling common soklan macam:

- "assalamualaikum.. boleh berkenalan?"  

- "pen merah, pen biru.. i still single. how bout u?"

typical pick up line.. XD
berbalik kepada mesej yang gua terima tu. panjangnya macam email yang kita taip untuk hantar permohonan kerja tetap atau sementara. aduh. menyesal rasa gua x printscreen mesej tu. gua baca mahu 2,3 kali juga. sambil genyeh-genyeh mata sebab rasa macam tak caya. mesej ni berbunyi ala-ala macam ni. mamat ni nak berkenalan dengan gua. tapi dia bilang tak nak kenal lama-lama. cukupla kenal few months, tunang then terus kahwin. ntah kenapa yang jadi panjangnya gua x ingat. hihi

gua was like. 'wow. ini macam serius'. gua tekan reply message. reply gua simple je. in sha Allah, okay. then gua hit send. gua usha-usha dulu profile mamat ni. muka x nampak sangat. pakai spec. haaa. bole tick da dalam senarai ciri-ciri lelaki idaman. kemonla ladies, bagi gua laki pakai spec menampakkan ciri kematangan dan kecerdikan tapi masih lagi tampil cute. haha. puiii. but seriusly mmg pun. lain org lainla dia pny minat kan. mcm makanan kegemaran. ye dok?

the very next day, kitaorg pun start skyping. that was the cheapest, free and fastest type of communication. beria la gua online dgn muka penuh syok bagai bagaikan di awangan gitu. hahaha. sila tampar. so we got to know each other quite well. believe it or not pic pertama yang kitaorg share bukanla gambar masing-masing but gambo pet. kah3x. ye pelik. tapi gua sedar dari awal lagi yang si dia ni boleh dikategorikan sebagai golongan kepelikan minima macam gua juga.

but since time zone kitaorg sgt berbeza, communication was kind restricted. time gua siap nak tido, dia baru bangun tido. haihla. but Alhamdulillah we got over that boundary.

eh kejap. gua lupa nak explain eh si dia berasal dari mana dan yang sewaktu dengannya? sorry.. hahaha. syok sangat menaip sampai lupa nak explain part paling penting. beliau berasal dari florida, u.s.a. jauh nok. tua setahun je dari gua. anak ketiga dari empat beradik. berdarah kacukan arab, ireland and poland. haa amek. sambal belacan tuh. hehe

baikla. itula sedikit sebanyak pasal salam perkenalan kitaorg. for the next post, gua akan share pasal our relationship before engagement. hihi

adios nachos bersama diap guacamole

1 comment:

  1. Jodoh memang tak boleh dijangka, kadang2 pelik.. tapi tu lah jodoh kan.. #alhamdulilah ^_^

    ReplyDelete