Tuesday, September 1, 2015

Love Story Part 4: sesi taaruf


hai engkorang. sihatkah? maaf yer sekiranya lama menunggu. hihi. br dpt update. harap masih lg setia dengan episod ini. eceh. ehem. sebelum teruskan misi membaca entri kali ini, jangan lupa pergi dapur, buat teh tarik ke, roti telur cicah sos cili. sebagai kudapan

baiklah. setelah mendapat mesej dari incik mat saleh tuh kami pun berchit-chat pung pang dekat skype. gua mesej dengan kawan-kawan sama bangsa pun kadang2 melingkup juga tatabahasa, so, engkorang bayangkanlah betapa nebesnya nak berborak dengan mamat dari amerika. tak ke tragis lepas habis menelaah ayat dan ditekan butang send, kemudian dia reply dengan ayat betulkan grammar kita? mujur si dia jenis yang tak kisah sangat pasal grammar. nafas lega di situ. haha

kami berborak benda biasa-biasa. dan benda paling kagum tentang dia ialah betapa luasnya pengetahuan beliau tentang malaysia dan sejarah negara kita. gua acap kali menepuk dahi sambil tertunduk malu sebab dia tahu lebih banyak tentang malaysia. segan beb. dia bercerita betapa kagumnya dia dengan Tun Mahathir, how great culture is, islamic region but yet still advanced in technology. 

dia mula ambil tahu tentang malaysia ketika di high school. ade satu sesi berkenaan dengan career. dalam architectural punya topic, keluarlah Tun Mahathir berucap tentang Twin Tower. KLCC. dan dari situ baru dia tahu yang kat Asia ni rupanya ade negara Islam. eh? but seriously. yela. orang selalu ingat yang asal islam je musti dari negara Arab atau yang sewaktu dengannya. 

teringat zaman sambut merdeka, beli bendera ade gula2. haha. *gambar ihsan google
tak ke rasa bangga bila orang luar puji malaysia? hihi. dan bermula dari situ, dia banyak buat research pasal malaysia. pernah juga dia banyak kali berhajat agar dapat berkenalan dengan sorang malaysian. tapi hanya mampu simpan hajat tu dalam botol. rupanya Allah perkenankan hajat dia. 7 tahun kemudian. weee. rasa spesel sekejap. hahaha

disebabkan berlainan timezone, perbualan kami agak terhad. beza dalam 12 jam macam tu. but then we continued from skype to whatsapp. seronok sebenarnya berbual dengan dia. difference in language and culture doesnt mean that we cant have any fun in talking. those differences that actually makes every conversation interesting. kami berbual mostly about everything. there were lots of stuff yang gua belajar pasal dia in just a short time. gua  ingatkan geng2 computer nerd ni cakap pasal benda bosan. but nope. he is way more interesting. 

pernah tak engkorang kenal someone but it feels like yang korang da kenal dia lama like since zaman lampin pakai buang? haa. macam tu la gua rasa bila berkenalan dengan dia. hihi. ayat serupa gunting tampal dari novelis cinta. *tersedak air teh hijau campur madu

after 2 weeks berkenalan gua harus beranikan diri untuk break the news to papa and umi. nak tak nak kena bagitau jugak. barulah diberkati tempoh perkenalan. lagipun, gua lebih selesa if they knew whats going on in my life especially apabila berkenalan dengan someone yang berpotensi husband material. too soon? tidak. gua rasa lagi cepat bagitau lagi better. lagi2 special case berkenalan dengan stranger dalam internet. iye dok

engkorang punya otak musti tengah berputaran, bertubi-tubi bertanyakan soalan pasal selamatkah internet dating ni? boleh percaya ke stranger? macam mane nak mulakan? ect. ect. pasal ni nnti gua buat entri khas. hihi

baiklah. berbalik kepada perkenalan kami. gua mulakan dengan slow talk with umi. since umi ni kiranya mcm wing woman gua, gua selesa mulakan perbicaraan dengan beliau.

gua : umi. alya ade kenal dengan someone. hihihihihi *sambil senyum-senyum kambing

umi: siapakah?

gua: *tunjuk gambar sambil memberikan keterangan ringkas

umi: hmmm. papa cakap ape?

gua: a'aaaaaa. alya x bgtau papa lg. hehe

umi: umi x bole cakap pape until ayong bgtau papa

gua: okayyyy

so, nak bgtau papa pasal perkenalan kami memang agak mengerunkan. nnti kita sambung next entri yer bout what papa said. hehehe.

adios nachos bersama dip guacamole

No comments:

Post a Comment