Monday, September 7, 2015

Love Story Part 6: Incik mat saleh datang malaysia woi

hai engkorang. apa khabar? harap sentiasa sihat sejahtera hendaknya. bagaimana dengan kehidupan seharian? pokok bunga dah siram? dah bagi makan kat kucing atau ikan emas peliharaan dalam akuarium kecil? tetiba pula gua rindukan haiwan peliharaan gua. haih. gua ade sejarah tidak berapa memuaskan dengan kucing. asal gua bela je, musti hilang. gua musykil sungguh. 

entry kali ini gua cerita pasal incik mat saleh datang malaysia. haha. setelah 5 bulan berkenalan, incik mat saleh bercadang untuk fly ke malaysia untuk berkenalan dengan gua and family secara lebih dekat dan probability if anything went well, teruskan dengan engagement. oleh itu, secara tidak langsungnya next step adalah break the news to my closest relatives.

gua rasa berapa kali juga tekanan darah tetiba memuncak naik, begitu juga dengan denyutan nadi bilamana gua cuba memberitahu pasal incik mat saleh kepada nenek, pak ngah, mak ngah, pakcik, makcik, paksu, maksu dan kazen2 terdekat gua pasal nih. kalau setakat nak bagitau menang cabutan bertuah power root itu tidak menjadi masalah. ini pasal gua yang akan bakal bertunang dengan orang yang tak pernah gua jumpa. dan dia adalah foreigner.

papa and umi gua pesan. biar ape pun reaksi orang, gua harus terima dengan pemikiran terbuka. banyakkan berdoa dan bertawakal. gua bukannya nak buat benda tak elok. nak announce benda baik. cuma kes gua ni jarang sangat berlaku dalam family. so ia mungkin mengambil masa untuk penerimaan dan cara penyampaian mesej haruslah cemerlang. but Alhamdullilah. after hours of interrogation, gua mendapat dua ibu jari ke atas dari closest relatives gua. especially grandma gua.

gambar ehsan google
persiapan telah siap dibuat. gua rasa yang paling eksited nak jumpa bakal menantu ialah umi gua. plus maktok gua skali. mana tidaknya tiap minggu heret gua pegi romantika cari barang hiasan rumah. beli lampu meja baru, meja kopi baru, langsir baru. macam nak beraya la gua rasa. gua prepate mental, emosi banyak. tak lena tido woi memikirkan bagaimanakah perasaan jumpa incik mat saleh depan2. makan gua still kenyang. lagi-lagi bila dapat lauk asam pedas, nasi panas letak kicap dengan ikan sarding goreng garing.

papa gua juga tidak kurang eksitednya. acapkali gua diutarakan dengan soalan "agaknya cik abang ayong nak pegi mane?", "okay x makan dekat sini?", "dia tahan pedas tak?" dan yang sewaktu dengannya. papa gua siap tulis dalam notebook lagi in case lupa. haha. gua rasa comel sahaja papa gua bila dia eksited.

and then harinya pun tiba. bertarikh 24.5.2014, incik mat saleh tiba di KL central bersama ayahanda beliau after nearly 24 hours of flight. fuhh. lu ingat amerika tu dekat? mau pusing separuh dunia tuh. oh ye. ibunda beliau tak dapat hadir kerana tidak berapa sihat. jadi engkorang bayangkanla betapa nebesnya gua menunggu arrival beliau. yela. kot2 yang muncul tu bukan incik mat saleh. tapi seorang jejaka berkulit gelap, rambut kerinting halus, bibir seakan angelina jolie. tidak ke haru tuh.

so, gua, papa gua and adik gua went to pick em up there. tunggu punya tunggu, gua nampak kelibat incik mat saleh. tika itu, gua minta bantuan adik perkasa gua no 4, apek untuk tunggu bersama. gua rasa macam sah dah si dia dari jauh. dengan badan kerimpingnya. so, gua send apek untuk tegur sebab gua terlalu malu. eh. gua masih lagi gadis melayu sopan santun ye. haha. bila gua nampak mereka bersalaman dan berpelukan maka sahla mereka itu. dalam hati gua tarik nafas lega sebab ianya adalah botul-botul dan bukan cobaan

incik mat saleh berjalan ke arah gua. dia tak perasan lagi gua sebab gua berdiri di tepi pintu masuk. apek dan ayahanda incik mat saleh sedang rancak berbual. gua tegur dari tepi

gua: hey u.. *sambil senyum malu. gua rasa engkorang kalau nampak gua time ni, rasa nak baling je selipar jepun.. XD

incik mat saleh: hey.. alya.. i didnt see u there.. hai.. *muka dia pun naik merah juga.. how are u?

gua: im good. Alhamdulillah. how was your flight? *control cun

incik mat saleh: it was okay. long flight. bla..bla.. bla

then gua lost dah after this. gua hanya mampu menatap muka dia, sambil berjalan dengan control ayunya. dalam hati gua..

haihla hensemmnya mamat ni. comelnya. haihla tinggi dah cantik da. tu.tu. acccent tu. alya.. haipp.. control iman sket. control. kawal diri anda.

incik mat saleh: and thats how the flight went. so, wheres ur dad?

gua: huh? *terjaga dari lamunan. oh. he's at the car. waiting for us. *senyum kambing

so, after a brief salam and kenal-kenal suma, kitaorang bawak diorang went to pick up some late night snack at mekdi. ye mekdi. dah tu je tempat yang bukak lewat malam. nak order nasi lemak kang terkejut plak perut incik mat saleh dengan ayahanda beliau. then, kitaorang hantar diorang ke hotel. bagi depa rehat cukup. then baru bawak jalan sambil kenal. hehe

haihla. gua rasa sebak plak tinggalkan incik mat saleh. eceh. gua tolong angkutkan beg ke lobi. tunjuk rajin sket depan bakal pak mentua. kahkah. sambil tu gua serahkan sim kad maxis untuk beliau and some goodie bags special dari papa gua. ye. papa gua gigih pegi beli tshirt bagai, letak dalam beg untuk welcome gift depa. oh papa. haha.

incik mat saleh: so, i'll see u tomorrow then. good night alya. assalamualaikum.. *senyum manis gitew

gua: *hampir pitam.. night to u too.. eheee..

haha. baikla untuk next entry gua akan cerita pasal journey incik mat saleh kat malaysia. alah. tunggu la ye. korang boleh tunggu kan. hehe. gua rasa macam tengah tulis skrip drama tv je. alright. stay tuned guys for more stories. jangan rasa bosan baca kisah gua sudahlah. 


adios nachos bersama dip guacamole

1 comment:

  1. xbosan pun alya..tengah bersabar tunggu next entry..hehe

    ReplyDelete