Thursday, December 10, 2015

Morikami Garden with the Future In laws

apa khabar engkorang? harap semua sihat hendaknya. dengar cerita status ekonomi negara kita makin parah. perghh. segala benda naik harga. teh tarik ais bungkus ikat tepi yang dulunya harga rm 1.00 pun rasanya mahu sampai rm 2.50 sekarang. itu belum campur roti canai kuah lebih dengan nasi lemak sambal sotong, kerang dan paru lembu goreng. bertabahla yer. jadi sama-samala kita mengasah kemahiran memasak dan membuat air. berguna tuh

entri kali ini gua akan ceritakan pasal pengalaman kami ke morikami museum and japanese garden. tempat ni ala-ala macam taman jepun yang terletak kat bukit tinggu nuh. gua tak pernah sampai lagi kat situ. singgah jepun pun sekejap je arituh sebab change flight. jepun adalah salah satu negara yang gua bercadang nak melawat. cantik dan bersih dengar katanya. dan gua pun peminat setia sushi dan seaweed. giteww

baiklah, morikami museum and japanese garden ni terletak di Delray Beach, Florida. perjalanan dalam 42 minit gitew dari fort lauderdale. tempat ni bukan sahaja terkenal sebab tamannya yang bertemakan taman jepun but one of most popular venue for wedding and art festivities sebab kecantikan taman dan kawasan yang luas untuk sebarang acara

pintu masuk ke morikami garden
taman ni dibuka setiap hari kecuali pada hari isnin dari pukul 10.00 pagi sehingga 5 petang. bayaran untuk masuk is $15 untuk dewasa, $13 untuk warga emas 65 tahun ke atas, $9 untuk kanak-kanak berumur 6-17 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. gua baru nak acah-acah highschool student gitew tapi tak lepas. kahkah, for some people they might think that fee ni memang agak mahal, but bagi gua berbaloi .

tasik dalam taman
masuk sahaja dalam taman ni, mata akan dihidangkan dengan tasik yang cantik amat. and there are few water fountains juga kat dalam taman ni. memang sangat goges. cuaca time kami pergi ni memang cantik. cuma agak panas sedikit. alorrh. macam tak biasa pula dengan cuaca panas malaysia. gitew.

japanese garden wajib ade pokok bonsai

tok sedara gua berehat sebentar bersama kit kat. take five la kata omputih
for those yang jenis suka mencari bangku tatkala berjalan di dalam taman macam gua, jangan khuatir. setiap few meters akan disediakan bench. since taman ni agak besar, depa sediakan banyak tempat untuk duduk. sebabnya kebanyakan visitor taman ni adalah warga emas. so kemudahan bangku duduk memang banyak.

selain taman, pokok-pokok yang cantik, tasik yang bersih di dalam taman ni juga terdapat muzium mini. bentuk muzium ni sebijik macam rumah kebanyakan di jepun. muzium ini dinamakan Yamato-kan. Nama yamato ini diambil sempena nama puak atau suku Yamato yang pernah menetap di Boca Raton satu masa dahulu. fyi, Boca raton adalah salah satu daerah di florida ni

muzium ni memang sangat menarik. kiranya pengunjung bole take a glimpse of japanese environment iaitu suasana di stesen keretaapi, suasana dalam kelas sekolah rendah murid-murid di Jepun, jalan utama jepun dan juga susun atur kebanyakan rumah di jepun. Rumah jepun ni yang paling menarik minat gua. especially tang dapur. memang kawaaii sangat. terdapat 3 bilik tidur dalam rumah ni, juga ruang tamu, dan juga tempat mandi serta tandas.

tok sedara gua di depan pintu masuk muzium

ruang tamu dalam rumah jepun. itu ialah tikar tatami. rasanya dalam adat orang jepun, adalah dilarang sama sekali untuk berkasut dan berselipar atas tikar tatami. x sopan la kiranya
gua semacam berangan. bila ada rejeki lebih pas kahwin, gua rasa macam nak buat design rumah ala-ala jepun gitew. depa tak guna banyak sangat perabot. duduk je bersila atas lantai tu. kurang sudah bajet untuk beli perabot bagai. kahkah. gua sangat berharap bakal encik tunang bersetuju dengan cadangan gua nih

papa gua bergambor kenangan dengan warga emas omputih
dah penat berjalan kami berehat sebentar di sebuah pondok. terletak betul-betul di tengah taman nih. reka bentuk pondok ni seakan shrine di jepun. shrine ni kiranya macam kuil la. tengah duduk tuh, kami bertembung dengan satu geng warga emas. depa sangat peramah. siap tanya lagi kami ni asal mana. kami jawab asal malaysia. depa buat muka bingung. kami bagi jawapan spesifik kuala lumpur. pun depa masih lagi kebingungan. bila kami cakap je KLCC twin tower, terus depa was like "oooooh. that two giant tower. yeah. we remember. we've been there once. on our way to Dubai". see people. Malaysia ni orang kenal sebab menara berkembar tuh la. haha

gambar lagi bersebelahan dengan taman bonsai
bergambar kenangan sebelum pulang.
macam biasa sebelum beransur pulang kami singgah sebentar di kedai souvenier. gua tidakla bersungguh membeli cenderamata bagai sebab harga boleh tahan. yang gua capai adalah sekotak teh hijau genmaicha dan dua pasang chopstick. hihi

itulah sedikit sebanyak yang gua boleh ceritakan pasal taman morikami ni. jadi sekiranya sesiapa yang berpeluang berjalan area miami atau florida bolehla singgah sebentar di taman morikami ni. bagi gua memang berbaloi.

sekian. adios nachos bersama dip guacamole

No comments:

Post a Comment