Saturday, September 5, 2015

Love Story Part 5: Breaking the ice


salam sejahtera. salam satu malaysia. maapla sekiranya lama menunggu next entry. hehe. eceh. macam ramai je yang menanti kisah cinta gua yang x seberapa hebat macam sinetron kt tv3 tuh. eh. tv3 masih siarkan lagi ke drama sinetron? gua dah lama tidak melayan drama-drama di tv nih. sinetron last gua tengok ialah cerita bawang putih bawang merah. gua hampir mencungkil segala biji-biji mata teddy bear kat rumah sebab storyline dia yang panjang menggila sampai gua lost count keberapa juta episod telah gua tonton. dan dari situ gua made promise to myself no more drama. lebih baik rasanya gua melayan pendekar bujang lapok. bole ambil iktibar. ngeee

ehem. baiklah berbalik kepada tajuk penting. engkorang musti berdebar-debar nak tunggu apa yang tuan papa bilang same gua iye. alright. sebelum tu mari gua perkenalkan siapa ayahanda gua. dari rupa parasnya memang kelihatan dia seorang yang sangat serius. tapi papa gua adalah seorang joker. gua rasa since gua stat degree, papa gua selalu bilang..

papa gua memang suka selfie. dan gua agak kagum selfie beliau suma cantik2. dan gua kadangkala nak tergelak juga sebab penuh gambor selfie dalam ipong beliau. XD

papa: ayong. kalau nak cari husbeng carilah yang non malay. orang german ke, korea ke. biar kenal dunia luar 

gua: erkkk.. okay... *sambil menggaru kepala tanda kekeliruan

tidak pernah tercapai akal gua papa memberi such suggestion. gua pikir sebagai ketua keluarga dan merangkap ayahanda kepada 4 anak dara, papa gua akan menjadi lebih spesifik dan memberi tight security lagi-lagi bab kahwin. jadi atas musabab inilah gua rasa gua berani untuk confront papa gua berkenaan dengan incik mat saleh yang gua baru berkenalan tiga minggu lepas

gua: papa. alya nak bagitau something nih.. *smbil menunjukkan sekeping gambar menggunakan tablet samsung edisi pertama yang retak screennya

papa: is he a real person?

gua: huh?.. -_-'

oh ye. itulah soklan pertama yang keluar dari mulut papa gua. tidak ke rasa macam kena tumbuk di situ. papa gua ingat gua reka cerita agaknya. google image mane-mane mamat muka innocent. chet. haha. idokle. papa gua bertanya sedemikian sebab nak tahu yang incik mat saleh ni memang bersungguh ke mahu berkenalan dengan gua. gua bilang incik mat saleh akan contact beliau anytime berkenaan dengan mintak green light.

so, Alhamdulillah. papa gua bagi green light. selalu juga beliau bertanya pasal incik mat saleh. dan gua juga rajin bercerita. kadang-kadang gua dapat rasa papa gua akan menyampah gua cerita banyak sangat pasal si dia. haha. orang tengah di awangan biru. semua benda adelah kaitan dengan si dia. kahkah.

days gone by. turned to weeks. weeks become months. masuk bulan keempat, incik mat saleh mula bertanyakan pasal engagement. gua terkedu. beliau bilang beliau akan datang ke malaysia upcoming may untuk berkenalan dengan family gua. gua kaget. akhirnya gua bakal berjumpa dengan si dia. weeee. sebagai tanda confirmation, dia minta ayah dia untuk call papa gua bagi membincangkan isu berkenaan.

papa gua lancar speaking. beliau rajin juga ke luar negara berkursus bagai. entah kenapa bila gua bilang ayah incik mat saleh nak call beliau, punyala berpeluh-peluh papa gua. gua lihat beliau agak gementar di situ. haha. and one night, papa gua dapat call dari ayah si dia. depa punya berborak. macam geng lepak kedai kopi. petanda baik disitu. Alhamdulillah. one step done

baiklah. next entry gua akan menceritakan pasal journey incik mat saleh ke malaysia dan jeng jeng jeng. pasal engagement gua. hik hik. *tersipu malu

tunggu next entry yer

adios nachos bersama dip guacamole..

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tak sabarnye nak tunggu next entry..baca true story excited die lain macam skit..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. mekasih sudi singgah baca blog titew.. hehe

      Delete