Thursday, October 15, 2015

Road to USA: Persiapan untuk temuduga kedutaan


apa khabar semua? harap sentiasa sihat hendaknya. entri kali ni gua akan ceritakan serba banyak tentang persiapan gua sebelum menghadiri temuduga di kedutaan amerika. sekiranya la ada di antara engkorang yang berjodoh dengan orang amerika. bolehla dapatkan sedikit pencerahan dari entri gua yang x seberapa ni. hehe. manela tau kan. iye dok. selepas petition gua dan incik mat saleh diluluskan, pihak kedutaan hantar surat rasmi kepada gua untuk next step

antara dokumen yang diperlukan ialah:
1) passport (kesemua jenis. yang aktif dan juga yang sudah luput)

2) gambo berukuran u.s visa ( yakni berukuran 2x2 inci)

3) sijil lahir (asli dan juga yang terlah ditranslatekan ke english)

- nota kaki: sesiapa yang nak sijil lahir dia ditranslatekan bolehla ke palace of justice di putrajaya. kt situ, depa ade sediakan lawyer or translator khas untuk ni. gua pun ingatkan just translate kat bahagian pendaftaran sijil lahir tuh, rupanya kena pergi court

4) sijil kahwin (sekiranya ada. yang bujang tu jangan dok gatai pi tanya mane nak dapat)

5) certificate of good conduct / police clearance/ sijil kelakuan baik- sijil yang dikeluarkan oleh bahagian kementerian luar negeri. sijil ni kiranya nak buktikan yang engkorang ni ialah nitizen yang baik akhlak serta budi pekerti. setakat prank adik2, lupa bagi kucing makan tu tidak bermakna korang bukan nitizen yang baik. cuma buruk di mata kaum keluarga dan sahabat handai

6) Affidavit of support - borang I-134

7) Laporan cukai paling latest oleh tukang buat petisyen (en tunang)

8) en tunang/ bakal husbeng punya surat current employment

9) laporan perubatan engkorang

10) bayaran yuran - iye nk mohon visa ni pun kena. mahal woo. lagi2 kes gua. gua kna bayar haritu dalam RM 940. ikut currency. byaran diberitahu dalam dollar. kiranya dalam $265 gitew

11)bukti relationship seperti memoria, gambar2, tiket flight, email, purchase gift dan yang sewaktu dengannya. kiranya ni macam nak buktikan yang kitaorg ni kahwin memang serius dan bukan fraud. dah segala chatting merapu kitaorg pun depa nak tengok. haha. kitaorg tapis la sedikit

baiklah. itulah serba banyak tentang dokumen yang diperlukan untuk proses temuduga gua di kedutaan. banyak tak banyak mau satu file besar juga kumpul suma surat-surat, bukti bagai. fuhh. mau berpeluh juga sediakan semua benda alah ni. mane taknya, tinggal satu dokumen kena buat temuduga lain hari. dah amik masa. so checklist mmg wajib untuk dibuat. kot-kot sekiranya ade benda yang tertinggal

setelah dokumen suma disiapkan makanya gua harus menunggu tarikh yang agak menggerunkan iaitu tarikh untuk ditemuduga, gua dok baca la depa bilang tukang penanya tu jenis bekeng bak kata orang kelantan. atau sama ertinya garang. gua harus akui gua jenis yang cepat gelabah. orang sergah sedikit, mula la gua gelaba mencari keyakinan diri yang tercicit lari entah ke mana. haha

untuk next entri gua akan ceritakan pengalaman macam mana gua ditemuduga di kedutaan amerika

adios nachos bersama dip guacamole 

No comments:

Post a Comment