Tuesday, October 20, 2015

Road to USA : Hari temuduga


kabare semua? harap baik-baik sahaja dan sentiasa berada di dalam rahmat yang Maha Esa. Cut to the chase gua akan ceritakan pasal proses temuduga di kedutaaan amerika. Kedutaan amerika terletak di Jalan Tun Razak bersebelahan dengan Dua Residency dan juga Menara See Hoy Chan. depa tak sediakan parking space. jadi engkorang kena cari parking yang agak jauh or pandai-pandaila sembunyi keta celah pokok kat area situ. haha. gua punya schedule pada pukul 9 pagi. dengan gigihnya gua sampai sebelum matahari terbit lagi. perghh. awal tak awal tuh. 


inilah dia kedutaan amerika. gambar ehsan bing.com
sampai je gua di kedutaan gua lihat dah ramai rupanya yang beratur. kebanyakannya gua lihat adalah chinese dan indian. malay gua rasa bole bilang dengan jari tangan campur jari kaki. tak ramai. so, gua beratur la kat situ sorang dan sengih umpama kerang busuk bila orang lain senyum kat gua. haha. pakaian gua memang formal. sebijik macam orang nak pegi mintak kerja. rupanya ramai je yang pakai jeans bagai. cheese. xpela. gua fikir penampilan boleh mempengaruhi pertimbangan lagi-lagi time temuduga. ye dok

sampai sahaja di kedutaan kena beratur dulu. bukan tujuan amik nombor but beratur untuk pelepasan keselamatan. depa punya security memang gila-gila ketat punya. mahu hampir sejam juga gua berdiri untuk lepas pintu masuk. depa akan mintak surat appointment dan passport. lepas tu barang-barang elektronik kena tinggal kat rumah jaga. air pun tak boleh bawa masuk tau. manela tau engkorang pegi seludup teh tarik mamak dalam kedutaan pastu gi tumpahkan kat atas karpet depa. tak ke haru tuh

lepas pemeriksaan keselamatan, engkorang akan jumpa sorang lagi security guard dan beliau akan beri nombor berdasarkan jenis appointment. gua acah-acah baca buku sementara menunggu giliran gua. sambil tuh perati juga orang sekeliling. muka suma tampak nebes, mane taknya berkemungkinan yang tukang interview tu mat saleh ke kan. gua pun risau juga. kang nebes sangat sampai berterabur grammar atas karpet karang.


tunggu punya tunggu akhirnya giliran gua sampai. dia punya tempat interview sebijik macam phone booth. dah habes satu bilik bole dengar soklan hape korang kena soal dengan tukang penanya. cheese. pintu adelah untuk setiap booth but dah banyak booth dalam tuh, suara sorang-sorang sahla kuat. gua tarik nafas, baca bismillah. yang tegur gua sorang mamat indian nih. muka serius. dia mintak segala-gala dokumen yang telah gua sediakan. gua tersenyum kambing dengan harapan dia pun rilex sedikit. harem.

lepas dia check segala dokumen, dia seraya berkata "u have to get out of this embassy. come back at 2 for your appointment"

gua: " what?? excuse me?"

mamat dokumen: "get out of this embassy. come back at 2 for your interview"

gua: "can i just stay here till 2?"

mamat dokumen: "no. u have to get out of this embassy!"

gua: "ok. thank you then.." ( dalam hati garangnya mamat nih. hade ke patut da suruh gua get out. kasaqnya bahasa. sombong lak tu. mentang-mentangla lu keja dengan orang amerika. cheese cake btul)

gua check jam baru pukul 9 lebey. adoila. dah tu gua nak buat ape dalam 4 jam lebey? main batu seremban depan kedutaan? haish. gua jalan kaki sket, hamik teksi dan trus ke klcc. melantak nando sepinggan dua sebab gua tak makan ape-ape time breakfast. sempat juga en tunang message gua tanya update. gua bilang pukui 2 baru kena interview. dia pun tak lena tido memikirkan result interview

tunggu punya tunggu dalam pukul 12.30 gua pergi balik ke kedutaan. gua lihat ade sorang old chinese lady and young indian lady tengah menunggu. kitaorg tunggu sama2. sambil tu tegur juga tujuan dan jenis visa yang akan ditemuduga. kami bertiga suma mohon untuk immigrant visa. aunty cina tuh nak pindah sebab anak dia dah stay kat california tak silap, yang sorang lagi nak bekerja dan tinggal bersama parents di boston. depa berdua terkejut juga bila gua cerita yang gua mintak fiancee visa. maklumla tak ramai malaysian yang apply

pukul 1.30 baru pintu dibuka. gua yang last sekali kena interview. nebes tak payah citer lah. peluh sebaldi dah gua rasa time tuh. giliran gua tiba. tukang interview tuh mat saleh. baik orangnya. tanya khabar gua dan yang sewaktu dengannya. siap kena angkat sumpah engkorang tau. takut yang gua ni menipu. so temuduganya begini..

interviewer: alright miss alya. how long u have known your fiance?

gua: more than a year

interviewer: have u guys met before?

gua: yes. once. he came to malaysia with his dad last year on may. we got engaged here too

interviewer: so, what does he do for a living?

gua: he's a software developer at a software company

interviewer: okay. any plan bout the marriage and where it will be held?

gua: yep. we plan to get marriage as soon as i get the visa. it will be held at his hometown back in florida

interviewer; i think thats all. congratulation miss. you passed

gua: come again?

interviewer: you passed. congratulations and good luck okay. wait outside for few minutes. one of my officers will collect your passport and it will be delivered to you in few days. congratulations. here's a packet for you to give to the u.s immigration okay.

gua: thank you sir.. thank you so much!

gua cuba sembunyikan senyum gua yang sampai ke telinga tuh. larh. interview rupanya tak sampai 10 minit pun. gua je yang gelabah lebih. kahkah. dan it went well sebab tukang interview pun sempoi. gua pun sempoi je la

alhamdulillah. after few days, passport gua dideliver ke rumah dengan cop k1 visa. fuhh. bermacam jenis halangan, liku-liku kehidupan gua hadapi nak dapatkan sehelai visa nih.

ginilah rupanya visa u.s. maklumat lanjut terpaksa dirahsiakan

ha. gitula citernya tentang cara gua mendapatkan visa jenis k1 ataupun orang panggil fiance visa. next step adalah planning untuk berjumpa incik tunang. wohooooo. itu untuk next entry pula yer

adios nachos bersama dip guacamole

No comments:

Post a Comment