Friday, October 9, 2015

Road to USA: Petition untuk fiance visa or K1 visa


engkorang apa khabar? gua harap baik-baikla sahaja hendaknya. kali ni gua hendak menceritakan satu topik yang agak meh. boring sedikit. hehe. since gua dan incik mat saleh bersepakat untuk bernikah di amerika. engkorang musti tertanya kenapa tak nikah je kat malaysia? upah rizalman untuk jahitkan baju nikah? option ni memang telah lama gua fikirkan tetapi proses nikah di malaysia memerlukan incik mat saleh untuk tinggal di malaysia selama beberapa bulan bagi mendapatkan kelulusan dari pihak imigresen. dah dapat  kelulusan, makanya barula boleh isi borang di pejabat agama dan mungkin juga mengambil masa. kesimpulannya memang agak rumit. dan memandangkan incik mat saleh baru sahaja start bekerja di tempat baru, makanya beliau tak boleh nak cuti lama.

kesimpulannya option yang kedua ialah kami bernikah di tempat kelahiran incik mat saleh. kami pun sedia maklum yang either proses bakal mengambil masa yang lama. but after consideration, pi mai pi mai, kami pilih option yang kedua nih. kami apply fiance visa. fiance visa atau K1 visa ni secara ringkasnya ialah permit untuk berkahwin di amerika. banyak jenis visa kat amerika nih. selalunya visitor atau tourist pass kena apply B1 or B2 visa

untuk mendapatkan fiance visa ni, kami harus file for petition atau yang dinamakan I-129. macam biasala. proses filing ni memang banyak borang kena isi. proses ni incik mat saleh kena uruskan semua sebabnya beliau dikira person responsible for this petition. selain isi borang, depa juga nakkan prove, bukti atau evidence yang mengatakan kami ni in a relationship and sudah bertunang. dari pictures, email, text messages sehinggala ke copy of flight ticket incik mat saleh ke malaysia. kiranya nak mengukuhkan lagi bahawa kami pernah berjumpa at least once. memang leceh untuk sediakan semua ni but ekceli depa buat nih sebab nak mengelakkan fraud marriage

ni nak menunjukkan betapa tebalnya filing untuk petition nih. gigih incik mat saleh. hehe

so selepas petition dihantar maka bermulalah episod menunggu. incik mat saleh bilang mahu tumbuh janggut juga menunggu approval. kami tried to stay positive all the time dan told each other to be patient. bole dikatakan hampir setiap minggu gua check update kat uscis or united stated citizenship and immigration service. mau boleh naik tension juga tuh

but alhamdulillah setelah lame menunggu, on December 9 2014 incik mat saleh bilang petition kami diterima. approved la dalam bahasa mat salehnya. bayangkan kami apply in june, december baru dapat. kiranya dalam 7 bulan jg menunggu. Allah. nak menunggu tu bukan perkara yang senang. mujur gua cari idea mengisi masa kosong dengan menjadi guru sementara, ambil kursus kelas masakan bersama puan umi dan belajar advanced english. haha

ni baru step yang pertama. alhamdulillah boleh diteruskan untuk step yang kedua. selepas petition ni diluluskan, case kami akan dibawa straight ke kedutaan amerika di malaysia untuk the next step. haa. step yang kali ni perit sedikit. xdela banyak, sikit je. yang peritnya gua harus ke sana ke mari untuk dapatkan dokumen dan yang sewaktu dengannya. banyak juga yang diperlukan untuk kedutaan. sebabnya after dokumen dari pihak gua dihantar, kedutaan akan setkan date untuk interview

antara dokumen yang diperlukan macam biasala gambo u.s visa. ukuran dia lain sikit dari ukuran yang gambo passport kita. agak besaq sket.

yang kiri tu u.s pny size. yg kiri tu standard size yg slalu kita amik kt kedai nuh. 
selepas beberapa minggu petisyen kami diluluskan, gua dapat surat rasmi dari kedutaan amerika. nebesnya tu macam dapat surat tawaran masuk matrix. haha. dalam tu mereka terangkan la apa yang perlu dibuat, dokumen ape yang perlu disediakan sebelum hadiri interbiu. bukan senang rupanya nak masuk negara orang ni. lagi2 amerika. gua rasa apply BR1M lg senang. teeet.. 

baiklah untuk next entry gua akan ceritakan pengalaman gua kena interview kt embassy. seram woi. lagi seram dari pergi interview untuk dapatkan kerja sementara atau tetap di sektor swasta mahupun kerajaan. okay gua exaggerate

adios nachos bersama dip guacamole

1 comment:

  1. This is an astounding post I seen because of offer it. It is truly what I needed to see trust in future you will proceed in sharing such a great post.

    ReplyDelete