Thursday, November 5, 2015

Road to USA: Persiapan ke USA


tajuk kali ni boleh mengimbau banyak kenangan yang agak pilu pada gua. haihla. engkorang nak pindah masuk universiti takpun kolej yang jaraknya hanya sekangkang kera dari rumah pun dah sedih lain macam, ni apatah lagi bersiap untuk berpindah ke negara lain. meninggalkan sanak sedara, makanan yang sedap-sedap, katil dan bantal busuk. terguris emosi dan perasaan gua bilang.

baiklah. setelah visa gua approve gua pun haruslah prepare apa yang patut untuk next journey gua. sambil-sambil tu settlekan permohonan visa untuk parents dan tok sedara gua yang akan mengiringi perjalanan gua di amerika nanti. cara untuk apply visa bagi non-immigrant iaitu visa kelas B1 or/and B2 akan gua ceritakan dengan lebih lanjut dalam entri yang akan datang. mane tau kot-kot engkorang berhajat nak bercuti kat florida, new york ke

bincang punya bincang, kami akan berangkat ke florida dalam bulan may. incik tunang akan uruskan tiket suma. yang gua harus risaukan ialah persiapan bagai. since barang-barang gua takdela banyak mane jadinya persiapan gua tidaklah sekompleks yang gua jangkakan. barang yang penting ialah segala dokumen dan file yang harus gua bawak untuk kegunaan di amerika nanti.

engkorang kalau travel, selalunya travel heavy ke light? hehe. ni contoh jer. gua punya beg mahu sampai 3 beg juga
baju kurung wajib bawa beb. di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. cewah.. haha

dan pada masa inilah gua habiskan masa dengan family sebaik yang mungkin. gua nak pindah bukan dekat. jaraknya adelah dekat 16,000 km. fuhh. dan time ni juga gua break the news kepada entire big family. buat kenduri doa selamat bagai. perghh. depa punya terkejut tak payah cakap la. haha. time kenduri tu memang banyak la soalan gua kena jawab. haha. dan pastinya gua jawab dengan penuh keyakinan.

gua lebih banyak menghabiskan masa dengan puan umi. boleh dikatakan dekat 4-5 kali seminggu kami keluar dating bersama. mencari barang-barang yang harus gua bawa. kadang takdela beli hape. saje hendak meluangkan masa.  dalam masa yang sama gua juga cuba menghabiskan masa sebaik mungkin dengan rakan-rakan rapat. maklumlah, kalau setakat berpindah ke kuala selangor takdelah gua terasa sangat.

so after packing barang sumer, parents punya visa da setel. gua just prepare mental and emosi. perghh. gua admit gua diserang emotional attack few days sebelum bertolak. mane taknya, bila memikirkan gua akan berpindah jauh. tiada lagi nasi lemak lauk sambal kerang easily available, bau asam pedas puan umi dan hiruk pikuk rumah gua. fuhh. gua hanya berdoa agar Allah kurniakan kekuatan luar biasa untuk gua

alright. next entry gua akan cerita plak tentang journey gua dari kuala lumpur ke florida. tunggu yer

adios nachos bersama dip guacamole

No comments:

Post a Comment