Monday, November 23, 2015

Welcome to Florida


Alhamdulillah. selepas seharian terperap dalam flight, berjalan beribu batu jauhnya akhirnya dalam pukul 4 petang Selasa bertarikh 19 Mei 2015 kami tiba di fort lauderdale international airport. gua kecut perut la time nih. nebes woi nak jumpa incik tunang. setelah hampir setahun tidak bertemu muka. eceh. entah berapa juta kali gua check muka kat cermin. buang mane tahi mata yang tersangkut sebab membuta banyak sangat dalam flight. check gigi kot-kot ade terlepas biji cili, sayur bayam ke. manela tahu kan. benda ni selalunya akan terjadi bila kita gelabah sangat

lepas claim luggage, gua terus message incik tunang bilang yang kami sudah sampai dan menunggu di waiting area. gua pusing kiri kanan. then gua nampak kelibat incik tunang turun tangga bergerak. escalator la kecek orang putih. haha. perghh. senyum time ni mahu sampai ke telinga la. mom incik tunang pun datang sekali. dia peluk gua sikit punya kuat. gua terasa welcoming di situ. hehe

yang sebelah gua tu bakal mak mentua. hihi. tok sedara gua, puan umi. incik tunang buat-buat busy tengok fon. padahal nebes. :-P
dad incik tunang bersedia tunggu di luar untuk pickup luggage kami. maklumla. luggage banyak. kena guna pickup truck nak angkut sume sekali. kemudian kami terus ke hotel. kami stay di springhill suites fort lauderdale. dalam 10 minit dari airport. memang cantik tempatnya. bilik memang selepas. sorry la yer. gambo bilik tak dan nak ambil. sampai ke sudah. penat sangat. for dinner mom incik tunang dah sediakan spaghetti meatballs untuk kami and order extra large pizza with anchovies. nak habaq mai nih. pizza extra large depa gua rasa berextra extra large kat malaysia. satu slice tu boleh kongsi 2 orang. tu pun rasa berlebih lagi

inilah pemandangan dari tingkap hotel kami. gua renung ke luar jendela. macam tak percaya je dah sampai florida

malam tu kami semua tido awal. ada yang bilang payah nak adjust time bila pergi negara orang yang berbeza waktu. tapi family gua takdenya. pas gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati ape lagi tarik selimut pakat dok berdengkur belaka. kahkah. letih woi. gua rasa part paling seronok bila dapat mandi ayaq panas. bayangkanla last gua mandi hari isnin pagi waktu malaysia. sampai florida selasa petang. tak ke haru tuh

incik tunang bilang gua harus berehat sebanyak yang mungkin sebabnya esok hari pagi-pagi kami kena ke Broward County Clerk of Court untuk daftar civil marriage. pas daftar civil marriage barulah dapat kelulusan untuk berkahwin secara Islam di masjid. sikit je lagi woi. pastu gua kahwin. weee. kahwin! haha. tunggu next entri yer

adios nachos bersama dip guacamole


No comments:

Post a Comment