Thursday, November 12, 2015

Road to USA: bye bye Malaysia (KL to Narita)


baiklah. after bertungkus-lumus, memerah keringat membuat persiapan, akhirnya tibalah waktu untuk gua say goodbye tanah airku. tanggal 18 Mei 2015, gua berlepas dengan menaiki Japan Airlines. berdebar tak payah cerita. ni second time gua naik flight engkorang tau tak. seingat gua last time gua naik flight waktu tu gua berumur 4 tahun. balik dari kelantan. itulah last. gua ni bukanla jenis yang rajin berjalan ke sana ke mari. dah duit pun takat cukup beli nasi lemak lauk kerang ngan paru sambal lebih. paling jauh gua penah sampai pun nun tu ha dekat padang besar, perlis. tu pun rezeki gua sebab pentauliahan palapes gua kat sane. haha

passport sume da siap, luggage sume pun da ready. flight gua dalam pukul 1020 malam. cheh. gua da plan dah. sehari tu mmg gua kasi badan penat. nak tido dalam flight la kiranya.  gua akui time masuk kapal terbang je gua jadi jakun yang amat. ternganga baq ang. maklumla, second time naik flight woi. eksited kemain gua. seat gua dan parents serta tok sedara gua tak same. so, yang duduk sebelah gua ialah sorang mamat jepung. aduh. gua kena control sopan la time tido cenggini. tak jadi nak kuarkan selimut asyem gua dari beg galas. cheese

tuan papa macam biasa. update status kat psebuk dulu. check in la katakan. si kenit tu anak sedara gua

few minutes before departing. mekasih cik dinie sebab sudi stay and hantar gua.  


So, dalam pukul 11 cenggitu kapal pun terbang. seat gua sebelah tingkap. bila tengok makin lama makin kecik malaysia, jadi makin sebak gua. gua pujuk hati supaya tabah. moga Allah redha dan berkati pengorbanan gua dengan berhijrah ke negara orang ^_^. flight dari KLIA ke Narita mengambil masa dalam 7 jam. Alhamdulillah dalam pukul 6 pagi, kami selamat sampai di Narita. time touchdown hujan renyai-renyai gitu. 

hujan pagi di narita. sejuk woi
Security kami no problem. so kami menunggu di kawasan  connecting flight untuk next flight seterusnya ke Dallas, Texas. time tunggu ni tetiba plak perut gua buat hal. baru gua ingat, sarapan dalam flight tadi gua habiskan semangkuk yogurt. pastu teh hijau. haa. memang bestla kombinasi. gua berlari-lari anak cuba mencari tandas. gua nampak sorang security guard

gua: hello sir. excuse me sir. may i know which way to the nearest toilet?? *gua dapat rasakan yang muka gua da pucat lesi menahan time nih

abang security jepung: a'aaaa. wait. * sambil mengeluarkan peta airport dan berkata sesuatu dalam bahasa jepung

gua: (dalam hati) ah sudah. dia bawak kuar peta pula dah. perut. sila hold on. jangan buat scene kat sini

abang security jepung: you go up. left, right then left

gua: okay. thank youuuu.. *sambil senyum dalam kepaksaan. terus berlari mencari tandas 

bila tengah emergency ni, gua dapat rasakan yang naluri dan gerak hati gua berfungsi dengan cemerlang. gua jumpa juga toilet. perghh. toilet depa bersih woii. toilet kat sume airport gua rasa bersih. tapi ni memang bersih yang amat. lu nak side roll ke, front roll ke pun no hal. oh. yang bestnya toilet depa guna bidet

ni la bidet. gua rasa most toilet kat japan guna benda ni
bidet ni ohsem baq ang. selaku orang asia, gua memang x biasa guna kertas tisu bagai. haih.  bidet ni ade function built in faucet. kiranya ada ayaq kuar untuk tujuan pembersihan. dan sekiranya lu terlebih angin dalam badan dan khuatir akan mengeluarkan bunyi-bunyian sewaktu menggunakan tandas, bidet ni ade butang yang kuarkan bunyi flush. haa. so tidak perlu lu bersusah payah buat bunyi batuk atau bersin. tak ke ohsem tu. seat tu pulak boleh jadi warm sekiranya engkorang mengalami sindrom seram-seram sejuk dan yang sewaktu dengannya. kagum gua

dah lega lepas guna tandas, gua decide untuk take a walk around nearest area sebelum berlepas naik next flight. orang jepung ni gua bilang jalan takde tengok orang sebelah dah. punya la laju depa berjalan. sup sup gitu. gua tak banyak sangat amik gambo time nih. haih. nyesal rasa. henpon kong time ni. cheesekut sungguh.

next flight kami will be american airlines pukul 10 lebey camtu. dari Narita ke Dallas. probably mengambil masa dalam 14 jam cenggitu. aduh. jet lag yang dari kl x abeh lagi. nak harungi next one, perlukan keazaman yang tinggi. oh. from one terminal to another terminal tersangatlah jauh. kami terpaksa berjalan dalam 15 minit cenggitu barula sampai next terminal.

puan umi berehat sebentar on the way to the next terminal
sampai je tempat menunggu, one of the flight workers asked us untuk serahkan hand luggage sebab tempat letak barang tak cukup. kami boleh claim luggage as soon as kami sampai di dallas. gua rasa serba salah nak bagi sebabnya dalam tu ada dokumen yang harus diserahkan pada u.s immigration dan mesti hand carried. last-last gua tawakal jer. moga dokumen tu selamat

next entry, gua akan ceritakan pengalaman gua dan family di immigration and custom u.s border. perghh. memang adventurous

adios nachos bersama dip guacamole

No comments:

Post a Comment